Allahuakbar.. semoga arwah abg ini ditempatkan bersama para syuhadah dan mendapat keadilan dunia. Alfatihah.



 Allahu Seorang wanita gaduh dgn suami nk bunvh diri selamba melintas lebuh raya punca seorang lelaki yang mahu mengelaknya mavt

SEORANG lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya merempuh belakang sebuah pikap yang berhenti secara mengejut, ekoran pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.

Dalam kejadian yang berlaku di kilometer 98.6 di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang, pada pukul 4.25 petang Jumaat, mangsa yang dikenali sebagai Haziq Ramli, 34, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Termerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, nahas berlaku ketika motosikal berkuasa tinggi dan pikap itu dalam perjalanan dari arah Kuantan Ke Kuala Lumpur.

"Pemandu pacuan empat roda (pikap) terbabit bertindak membrek secara mengejut bagi mengelak daripada merempuh wanita itu. Pada masa sama datang sebuah motosikal berkuasa tinggi dari arah belakang, melanggar belakang pacuan empat roda terbabit.

"Akibat rempuhan itu, penunggang terbabit terjatuh di lorong kanan lebuh raya dan motosikal ditunggangi mangsa tercampak ke bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan," ujar Mazlan.

Katanya, susulan itu wanita berkenaan serta penumpang SUV iaitu seorang lelaki warga asing berusia 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Sementara itu, video nahas berkenaan menjadi tular di media sosial.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya tersebut.

selepas motosikal kuasa tinggi yang ditunggang merempuh sebuah pikap trak yang berhenti secara mengejut.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang pada pukul 4.25

Petang semalam dan mangsa yang dikenali sebagai Haziq Ramli berusia 34 mavt di tempat kejadian.

Seorang wanita berusia 35 tahun itu dipercayai memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya tersebut.

"Pemandu pacuan empat roda (pikap) terbabit bertindak membrek secara mengejut bagi mengelak daripada merempuh wanita itu. Pada masa sama datang sebuah motosikal berkuasa tinggi dari arah belakang, melanggar belakang pacuan empat roda terbabit.”

“Akibat rempuhan itu, penunggang terbabit terjatuh di lorong kanan lebuh raya dan motosikal ditunggangi mangsa tercampak ke bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan.”

Jap! Kenapa dia nak lintas jalan? Masalahnya, siap ada perempuan lain backup kata penunggang tu yang salah sebab bawa laju. Apekejadah!

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post