Gambar Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah Beraya Bersama Adik Miza Buat Warganet Sebak.

 Gambar Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah Beraya Bersama Adik Miza Buat Warganet Sebak. Alahai Seiras Sangat Dengan Muka Arwah Siti Sarah. Macam Tengok Watie, Sarah, Shuib Pula. Touching Sungguh !!



Sekitar pada bulan Julai tahun lalu, Shuib Sepahtu berkesempatan bertemu adik Nur Miza Najla Mustaffa yang viral videonya kerana memiliki rupa paras yang saling tak tumpah seperti wajah arwah Siti Sarah Raissuddin. Shuib sendiri pada waktu itu tersebut panggilan ‘ibu’ ketika melihat wajah Miza buat pertama kalinya secara berdepan.

Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gambar Shuib bersama Watie Hanifiah bertemu kembali adik Miza selepas beberapa bulan mereka tidak bertemu. Sedondon memakai baju berwarna hijau, perkongsian oleh Shuib ini mendapat perhatian warganet.

Dengan kapsyen pendek berbunyi ‘ Raya ke 3, selamat hari raya Watie ‘, gambar ini membuatkan warganet sebak. Wajah Miza yang sangat mirip dengan wajah arwah Siti Sarah ini membuatkan warganet terbayangkan seperti Siti Sarah yang berada di tengah-tengah antara Watie dan Shuib.

Kehadiran Miza dalam hidup Shuib ini menunjukkan kekuasaan Allah. Dihadirkan insan kecil ini sebagai pengubat rindu Shuib terhadap Siti Sarah. Alhamdulillah ukhuwah yang terjalin sebelum ini masih kekal berjalan dengan baik.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

 

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sebijk betul muka dengan arwah Sarah. Serupa 100% macam arwah.. Entah-entah ni jodoh uwais kot hehhe.. ”

” Watie seorang yang matang, cekal dan bijak., Dia ikhlas , dia hormat, orang yang berjiwa besar watie ni.. ”

” Aku tak boleh la tengok gambar ni dan dengar lagu Sarah. Saling tak tumpah betuL. Allah maha besar.. ”

” Bertemu dengan adik Mia selepas mereka berkahwin. Bagaikan semuanya direstui.. sebak tengok gambar watie dan miza tu.. ”

” Sedihnya, betul selamanya tak akan hilang. Muka sama, sampai ke gigi pun sama.. Selamat hari raya Ib.. ”

” Sama tapi bukan dia.. Sarah wakut kecil. Ingatkan arwah tadi, alfatihah untuk arwah siti sarah.. Macam tengok Watie, Sarah dan Shuib dalam satu gambar.. ”

” Lembut je muka adik Miza ni.. Auto datang rindu pada arwah Sarah. tengok gambar ni, terus mulur terkeluar eh Sarah.. ”

Tersentuh hati warganet apabila mengenangkan arwah Siti Sarah yang jauh di sana. Wajah dan senyuman Miza memang sangat serupa dengan Siti Sarah. Semoga Shuib, Watie dan adik Miza akan selalu berhubungan baik selama-lamanya.

Sumber :  IG Shuib Sepahtu

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post