Kini terpaksa kerja semula di usia 70 tahun, ada komitmen kad kredit & loan rumah.

 


Duit KWSP yang boleh dikeluarkan setelah mencapai had umur tertentu sememangnya nampak sangat banyak apatah lagi bagi angka simpanan mencecah ratusan ribu ringgit. Ini menyebabkan sebilangan orang merasa terlampau teruja sehingga bertindak membelanjakannya tanpa arah tujuan. Sudah terhantuk baru nak terngadah, penyesalan akhirnya tiba pada saat-saat akhir.

RM700,000 hanya untuk 36 bulan setelah 30 tahun bekerja

Demikianlan kisah dikongsikan pengguna FB bernama @Imlan Adabi ini yang wajar dijadikan peringatan buat kita semua. Dia kembali menceritakan kejadian bagaimana seorang kenalannya menghabiskan duit KWSP bernilai RM700,000 hanya dalam tempoh 3 tahun. Tanpa berfikir panjang, sikap boros keterluan itu akhirnya memakan diri setelah dia terpaksa keluar bekerja di usia yang sudah lanjut.

25 tahun lalu saya dah tegur…Bukan tugas anak tanggung orang tua boros

Di umur 70 tahun, individu terbabit juga mempunyai komitmen besar seperti kad kredit dan juga pinjaman rumah. Tanpa muhasabah kesalahan sendiri, dia turut menyalahkan anak cucunya yang tidak memberikan wang bulanan bagi menanggung kehidupannya sekarang. Hakikatnya, mereka sendiri pastinya terbeban untuk memenuhi komitmen sendiri apatah lagi yang sudah berkeluarga.

Untuk hidup selesa selepas bersara, kita perlu RM1 juta…Sejuta ringgit terlalu kecil

Bagi Tuan Imlan sendiri, dia dan isteri sentiasa beringat-ingat bahawa mereka tidak boleh terlalu mengharap kepada anak-anak untuk menanggung kehidupan di hari tua. Meskipun tidak kaya, cukuplah mereka mempunyai sedikit simpanan bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan kelak. Berkenaan kewujudan akaun terbaru dalam sistem KWSP, Tuan Imlan juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengusik simpanan berkenaan.

KREDIT : FB Imlan Adabi

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post