Mak Aliff Aziz jawab isu rakaman mengata blkng menantu.

 


Kisah tangkap khalwat Aliff Aziz bersama Ruhainies ternyata memberi kesan kepada ramai pihak. 

Ini termasuklah kesan kepada keluarga Aliff sendiri terutama isterinya Bella Astillah dan juga ibunya iaitu Siti Hafiza.

Bella Astillah akhirnya mengambil keputusan untuk menfailkan penceraian ke atas Aliff Aziz, setelah suaminya ditangkap khalwat bersama rakan artis Ruhainies. 

Hubungan antara Bella Astillah dan juga keluarga Aliff dari Singapura nampaknya kurang baik. 

Ianya mula dihidu apabila Siti Hafiza dilihat tak lagi ikuti menantunya itu di laman media sosial. 

Kemudian Siti Hafiza secara terangan, menyokong anak lelakinya itu, berbanding Bella, sungguhpun anak lelakinya yang ditangkap khalwat. 

Lantas ramai netizen mula mengkritik ibu Aliff Aziz, dan membuat perbandingan dengan ibu mertua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah, yang dilabel mentua dari syurga. 

Kemudian, Bella Astillah juga mendedahkan bahawa ibu Aliff Aziz ada mengaibkan Bella di depan rakan-rakan sekolah anaknya di Singapura dengan mengatakan Bella tak pandai berlakon dan juga tak ada bakat menyanyi. 

Melihat hal ini, ramai netizen mengatakan Siti Hafiza merupakan ibu mentua yang dibenci ramai, dan ada juga melabelnya sebagai toksik. 

Dalam satu temubual di Melodi, Hafiza sedar akan hal ini dan akui dirinay telah dipandang serong oleh masyarakat kerana kes anaknya dan menantunya itu. 

Dia akur dirinya dilabel ibu mentua paling dibenci dan menganggapnya sebagai satu ujian buat dirinya.  

“Sekarang kan saya ibu mertua yang paling dan sangat dibenci.” 

“Tapi tak apa, alhamdulillah. Dalam bulan yang penuh barakah ni, kita semua diuji.” 

“Ujian Tuhan berikan kerana dia sayang kepada kita.” 

“Salah tetap salah, yang betul tu, tetap betul.” 

“Semua ibu dalam dunia ni, mereka hebat-hebat.” 

Tambahnya, dia dah pun memberi nasihat kepada anaknya Aliff Aziz. 

“Semua ibu sayangkan anaknya. Kita bertawakal, untuk Aliff Aziz, dia akan muhasabah diri, kuatkan iman, kuatkan takwa, itu yang saya nasihatkan dia selalu.” 

“Doakan yang baik-baik, saya tak mahu lah tengok benda yang tak baik. Saya fikir secara positif.” 

“Dalam bulan Ramadhan ni, banyakkan beramal.” 

Tentang video dirinya memburukkan Bella Astillah, apabila ditanya tentang hal berkenaan ini jawapan darinya. 

“Masyaallah, alhamdulillah. Saya rasa, sebagai manusia, macam mana bersabar pun, kita masih ada kelemahan.” 

“Kelemahan inilah yang kita kena perbaiki. Saya pun perlu muhasabah diri saya sendiri.” 

“Itu kekhilafan saya.” 

Itulah kenyataan dari ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza. 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post