'Mcm salah je cakap camtu' - Netizen. Ini respon datin



 Ibu kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail tampil meluahkan pandangan peribadi mengenai kes rumah tangga pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Bella bukan curang – Datin Patimah

Datin Patimah yang juga mentua kepada aktres Puteri Sarah Liyana bependapat tindakan yang dilakukan oleh Bella bukanlah berlaku curang terhadap pasangannya.

Sebaliknya, pelakon berusia 30 tahun itu hanya mencari seseorang buat dirinya untuk mengadu berikutan sikap ketidakpedulian suami.

“Percayalah, Bella bukan berlaku curang.
“Saat suami tidak peduli, dia mencari insan tempat mengadu cuma,”tulisnya ringkas dalam ruangan komen dimuat naik sebuah portal di Instagram.

Datin Patimah meninggalkan komen tersebut di ruangan komen hantaran memaparkan gambar Bella Astillah bersama dua anaknya, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

 

Mentua terbaik!

Komen yang ditinggalkan oleh Datin Patimah di ruangan komen itu menerima reaksi positif dan pujian sebagai seorang mentua yang terbaik dalam memahami perasaan wanita.

Mereka juga berharap agar golongan wanita yang bergelar atau bakal bergelar ibu mentua mencontohi sikap positif yang ditunjukkan oleh isteri pengarah Datuk Yusof Haslam.

“Puan adalah mentua yang yang diidamkan setiap wanita. Memahami hati menantu.
“Ibu mentua terbaik dalam dunia. Sayang ketat-ketat,”antara komen yang ditinggalkan oleh warganet.

Masalah rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz kembali menjadi perhatian ramai selepas aktor itu ditangkap berkhalwat dengan rakan artis, Ruhainies di sebuah kondominium mewah terletak di ibu negara.

Berikutan itu, Bella Astillah mengambil langkah memfailkan perceraian secara ekspres terhadap Aliff, namun aktor asal Singapura itu enggan melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada Khamis.

Sehari sebelum kes sebutan perceraian, tular beberapa foto mesra dan tangkap layar perbualan Bella Astillah curang bersama seorang pelakon baharu, Muaz Zabir sehingga menarik perhatian ramai.

Ia secara tidak langsung kembali menghangatkan situasi sedia ada sebelum Bella sendiri tampil membuat pengakuan secara terbuka ketika ditemui media pada majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Sumber: Instagram @rotikaya

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post