Patut la ada "bodyguard", rupanya wanita ini bukan calang2 org.

 




"SEMUA lari menyelamatkan diri. Kes menembak dalam terminal. Polis kerja-mengejar dalam terminal tu."

Demikian kedengaran suara orang awam menerusi rakaman dalam salah satu video yang tular.

Kecoh di media sosial mengenai insiden tembakan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1), pada awal pagi Ahad.

Insiden tembakan itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau berkata, kejadian tembakan berlaku di balai ketibaan KLIA 1, pada 1.30 pagi Ahad.

"Seorang lelaki telah melepaskan tembakan sebanyak dua kali. Salah satu tembakan telah terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi.

"Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di situ yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Bagaimanapun, Hussein berkata, mangsa mengalami kecederaan parah, manakala suspek bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Jelas beliau lagi, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api.

"Pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan melancarkan operasi ke atas suspek yang dipercayai telah melarikan diri ke utara," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keadaan di KLIA 1 adalah terkawal dan selamat.

"Kejadian ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan," katanya.



Terdahulu, seorang wanita menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pengawal peribadinya ditembak ketika berada di KLIA 1.

"Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA 1. Allahuakbar, laporan polis telah dibuat," katanya sambil menambah kenyataan rasmi akan dikeluarkan.

Wanita itu ketika dihubungi mStar memberitahu dia kini dalam siasatan polis susulan kejadian yang berlaku.

"Saya masih dalam siasatan polis," katanya secara ringkas menerusi WhatsApp.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post