'Semua bukti kita dpt, dari..' - Caprice. Ini respon bella

 


Selepas nama pempengaruh Caprice dipetik bersubahat dengan Aliff Aziz dan Ruhainies oleh kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine, Bella Astillah menyifatkan Caprice seolah-olah menjerat lehernya sendiri.

Menerusi hantaran yang diulang siar semula daripada perkongsian Sarah di Instagram Story, Bella mendakwa Caprice mempunyai kaitan dalam kes penyebaran hubungan membabitkan dirinya dan pelakon, Muaz Zabir. 

"Sekarang Caprice dah takut sebab ada nama dia pun terbabit dalam perancangan buat akaun palsu dan muat naik segala aib dengan niat yang salah.

"Caprice berkongsi video isu yang sudah selesai semata-mata nak menutup yang dia juga terbabit. Ya Allah, nak tutup macam mana lagi ni Caprice," tulisnya.

Terdahulu, Sarah memuat naik perbualan WhatsApp antara Ruhainies dan Aliff yang bercerita mengenai individu dikenali dengan panggilan Z.

Sarah dalam perkongsiannya mendedahkan  Caprice adalah antara dalang yang menghebahkan hubungan Bella dan pelakon, Muaz Zabir kepada umum.

Dakwanya lagi, Caprice juga yang menasihati Aliff supaya tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu pada hari perbicaraan di mahkamah.

Selepas nama dipetik bersubahat dengan Aliff Aziz dan Ruhainies, pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice mendakwa disabotaj seseorang sehingga jalan perdamaian yang diusahakan tidak dapat direalisasikan.

Ujar Caprice atau Ariz Ramli, 36, sepatutnya empat-empat individu termasuk isteri Aliff, Bella Astillah dan wanita yang mengaku menjadi kekasih pelakon dan penyanyi berkenaan bersemuka di rumahnya pagi tadi.

Namun perjumpaan tersebut dibatalkan selepas individu bernama Sarah Yasmine mengubah pelan asal membuat pendedahan beberapa jam sebelum perjumpaan tersebut.

“Dia (Sarah) yang minta bantuan tapi bila kita dapat semua pihak dalam tempoh 24 jam untuk berdamai di rumah saya (Khamis), tiba-tiba dia sendiri tukar rancangan pada saat akhir.

“Sepatutnya semua pihak bersedia berdamai dan selesaikan pukul 11 pagi dekat rumah saya. Tiba-tiba ada pihak batal atau sabotaj saat akhir.

“Saya tarik diri untuk menolong mereka,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Membuatkannya lebih terkilan apabila tuduhan yang dibuat Sarah mengenai dia bersubahat mahu menjatuhkan Bella turut memberi tempias  isterinya, Farah Inalis.

“Lain kali jangan cari saya kalau nak tukar pelan saat akhir sampai peminat kalian serang isteri saya tanpa sebab,” ujarnya.

Caprice yang turut memberikan kronologi terbabit dalam kontroversi tersebut menyatakan Aliff sendiri bertemunya untuk berkongsi cerita mengenai kecurangan Bella tetapi dia menasihati Aliff membuat laporan polis.

Kemudian wanita Singapura itu pula muncul meminta bantuannya menghubungi Aliff, seterusnya tercetus ilham untuk mempertemukan kesemua mereka.

Dalam pengakuan terbaharu dalam Instagram Story, Sarah juga mendedahkan Caprice merupakan antara dalang yang menghebahkan hubungan Bella dan pelakon, Muaz Zabir kepada umum.

Dakwanya lagi, Caprice juga yang menasihati Aliff supaya tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu pada hari perbicaraan di mahkamah.

Terdahulu, Caprice dihubungi Sarah menerusi mesej langsung (DM) Instagram meminta bantuan mengulas isu membabitkan Aliff, namun ketika itu dia belum berkesempatan memenuhi permintaan berkenaan disebabkan sibuk menjaga bayi.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post