Tak suka nak..Untuk mengelak fltnah hari ini - Misya

 


SUDAH lama tidak memuat naik foto bersama suami, Misya Mazlan menjelaskan dia masih lagi isteri yang sah kepada Ahmad Aslam.

Misya atau Umisya Mazlan, 25, berkata, dia jarang memuat naik foto bersama suami kerana tidak mahu terlalu berkongsi tentang kehidupan peribadi kepada umum.

Bagaimanapun bagi mengelakkan fitnah dan tanda tanya orang ramai, Misya memberitahu dia mengambil langkah berkongsi foto bersama Aslam yang dirakam pada 1 Syawal lalu.

"Yang bertanya, ya. Kami masih bersama. Misya tak suka nak dedah atas asbab tertentu.

Misya dan Aslam masih lagi bergelar suami dan isteri.

"Bukan sebab persaingan, cemburu atau lain-lain, ini untuk kenangan dan mengelak fitnah.

"Saya memuat baik foto bersama yang diambil sewaktu hari raya pertama," katanya.

Misya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Misya juga seperti memberi gambaran tidak mahu berbalah dan memilih untuk menjadi seorang wanita bijak.

"Wanita bijak pilih untuk tidak berbalah kerana Allah, dengan individu yang jelas tidak mahu memahami atau mendengar. Tiada rasa benci okay," ujarnya.

Pada Rabu lalu, isteri kedua Aslam iaitu Marissa Dania Hakim membawa suaminya bertemu ibu dan bapanya ketika rumah terbuka keluarganya.

Ibu Marissa iaitu pelakon Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang berkongsi video hari kejadian menganggap Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi ruang buat mereka memperbaiki semua kesilapan lalu.

Mereka sekeluarga meraikan hari raya di kediaman ibu kepada bekas suaminya iaitu Norman Hakim yang terletak di Kuatan, Pahang.

Misya tidak mahu berbalah.

Sebelum ini, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post