Semakin Ramai Rakyat Brazil Peluk Islam, Kini Islam Mula Berkembang Pesat Di Kawasan Setinggán Brazil


Semenjak beberapa tahun ini, semakin ramai rakyat Brazil yang memeluk Islam, terutamanya yang tinggal di kawasan setinggan sekitar bandar-bandar besar negara berkenaan.

Masjid-masjid baru mula muncul di beberapa kawasan kejiranan walaupun tiada komuniti Arab-Muslim yang menetap di tempat tersebut. Satu ciri yang sering dilihat dalam kalangan masyarakat Muslim yang tinggal di negara bukan berpenduduk majoriti Islam.

Jumlah sebenar masyarakat Islam di Brazil tidak dapat dipastikan. Namun, dalam sebuah bancian yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2010, dianggarkan terdapat 35 ribu warga tempatan beragama Islam. Suatu angka yang kecil jika dibandingkan dengan jumlah populasi negara berkenaan.


Di Jardim Cultura Fisica, sebuah kawasan setinggan dalam bandar Embu Das Artes, São Paυlo, sebuah masjid telah dibina oleh Cesar Kaab Abdul pada tahun 2012.

Pernah aktif dalam dunia hip hop tempatan sekitar tahun 1980an sebagai seorang penyanyi rap, warga Brazil ini kini lebih kerap dilihat menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.

Masjid tersebut telah dinamakan sempena salah seorang sahabat Rasulullah SAW, Sumayyah binti Khayyat.

“Saya memilih nama wanita untuk membuktikan bahawa tanggapan yang mengatakan kaum hawa sering ditindas dalam Islam hanyalah suatu prejudis semata-mata,” katanya kepada Arab News.




Perkembangan Islam Dalam Dunia Hip Hop


Kali pertama Cesar dipertemukan dengan Islam adalah menerusi autobiografi Malcolm X yang banyak disebarkan dalam kalangan pejuang hak bangsa kυlit hitam.

Malcolm X adalah warga Amerika Syarikat yang terkenal dengan perjuangannya terhadap hak bangsa kυlit hitam serta penyebaran agama Islam dalam komuniti orang kυlit hitam sekitar tahun 50an di negara berkenaan.

Ketika bekerja sebagai kerani pejabat di São Paulo, Cesar tertarik melihat seorang rakan sekerja berbangsa Arab-Muslim yang sering berhenti sebentar untuk solat pada waktu bekerja.

Pada waktu itu, Cesar masih aktif menyanyi rap. Namun, rasa ingin tahu terhadap Islam mula melυap dalam diri dan dia berpaling ke internet untuk mendapatkan maklumat. Perkenalan dengan seorang pendakwah Islam dari Mesir mengajarnya banyak perkara tentang Islam.

Ujar Cesar, “Pada mulanya, saya berasa agak was-was dengan budaya dan politik Islam, namun perlahan-lahan saya mula memahami erti sebenar Islam.”

Kehidupan Cesar berubah selepas itu dan dia tidak lagi membuat persembahan muzik. Selain membina masjid, dia juga mewujudkan sebuah pusat khas untuk menyebarkan ajaran Islam.

Langkahnya diikuti oleh ramai rakan sejawat hip hop yang juga mula memeluk Islam. Usaha dakwah Cesar tidak terhenti di situ, malah dia juga aktif mengedarkan naskhah al-Quran ke penyanyi rap Brazil yang lain.

Ternyata usaha Cesar tidak sia-sia apabila berjaya menyakinkan seorang pengamal seni mempertahankan diri Capoeira, Kareem Malik Abdul untuk menjadi saudara baru.

Capoeira adalah sejenis seni mempertahankan diri yang mempunyai banyak elemen tarian, muzik dan akrobatik. Ia diciptakan oleh golongan hamba Afrika pada zaman perhambaan di Brazil sekitar abad ke-16.


Mencari Identiti Muslim Brazil


Menelusuri zaman sebelum penghijrahannya ke Islam, Kareem berkata Cesar sering mengajaknya ke masjid. Walaupun dia menoIak tawaran itu pada awalnya, namun hatinya terjentik melihatkan keadaan Cesar yang berubah setelah masuk Islam.

Walau bagaimanapun, setelah memeluk Islam, dia terpaksa meninggalkan kumpulan capoeira yang telah lama disertainya apabila ahli kumpulan lain mula membuat lawak mengenai agamanya.

“Ketika berada di gim, ada yang kata saya sedang membawa bom dalam beg saya. Hanya kerana saya Muslim, saya dilihat sebagai pengganas.” ujar Kareem yang akhirnya menubuhkan kumpulan capoeira-nya sendiri.

Bagi Jamal Adesoji, seorang ahli biologi dan penyanyi rap dari bandar Pelotas, dia diperkenalkan kepada Islam setelah menonton sebuah filem mengenai Malcolm X. Selang beberapa tahun kemudian, dia mula mempelajari tentang Islam daripada masyarakat Palestin di kawasan bandarnya.

“Saya selalu melawat masjid-masjid di Rio de Janeiro dan São Paυlo. Ada masanya saya rasa tersisih sebagai orang berkulit hitam,” keluh Jamal.

Namun, kerisauannya terubat apabila dia mula mengenali orang Afrika Muslim yang lain.

Ujar Jamal lagi, “Setelah mengkaji, barulah saya tahu rupanya Pelotas pernah mempunyai sekolah agama suatu ketika dahulu. Orang Afrika yang membawa Islam ke Brazil. Jadi, Islam sebenarnya sebahagian daripada identiti kami.



Perkembangan Islam Di Kawasan Setinggan

Antara masjid yang selalu dikunjungi Jamal juga termasuk sebuah masjid di bandar Passo Fundo yang didirikan Muhammad Lucena, seorang mυalaf dari São Paυlo.

Masjid tersebut didatangi hampir 1000 orang. Jemaah masjid berasal dari pelbagai tempat termasuk Brazil, Afrika Barat dan Asia Selatan. Kebanyakan daripada mereka bekerja di bahagian halal di loji pemprosesan daging.

Menurut Lucena, ramai orang Brazil, terutamanya yang berasal dari kawasan setinggan memeluk Islam setelah bergaul dengan rakan sekerja Muslim di loji pemprosesan tersebut.

“Ada juga yang mewujudkan komuniti Muslim sendiri di kampung halaman mereka setelah meninggalkan bandar ini,” tambah Lucena yang percaya Islam akan terus berkembang di Brazil.

Seorang sheikh terkemuka di Brazil, Jihad Hammadeh berkata, sememangnya Islam di Brazil disatukan oleh komuniti pendatang Arab namun zaman sudah berubah.

“Berbanding dahulu, banyak organisasi Islam kini yang diketuai oleh para mυalaf,” katanya.

Sumber Arab News
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post