Kalau dah berbaik kenapa mesti berpisah - netizen

 


Sepotong video memperlihatkan penyanyi Adira Suhaimi bersalaman dengan suaminya, Datuk Red sebelum berangkat ke Umrah telah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.

Minta berkat suami

Menerusi perkongsian di TikTok Datuk Red, Adira yang mengenakan jubah berona merah sedang bersalaman dengan suaminya di dalam kereta.

Penyanyi itu juga dilihat mengucapkan sesuatu ketika sedang bersalaman dipercayai meminta doa dan berkat daripada suaminya agar urusannya di Tanah Suci dipermudahkan.

Seperti dijangka, video berdurasi 0.30 saat itu telah menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Rata-rata yang singgah ke ruangan balas berasa sebak melihat momen tersebut selain mendoakan mereka kembali bersatu semula dan tidak meneruskan proses perceraian yang sebelum ini difailkan oleh Adira.

Saya doakan Datuk Red serta isteri-isterinya tidak bercerai. Sayang pada perhubungan keluarga dan semoga kekal harmoni.

Semoga Adira jumpa jawapan di sana (Makkah) dan kekal jodoh berpanjangan.

Sedih pula tengok Adira salam Datuk Red, insya-Allah hubungan mereka kekal.

Terdahulu, Adira menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia akan mengerjakan ibadah Umrah dan meminta orang ramai mendoakannya.

Sebelum ini, Adira nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red dengan alasan tiada persefahaman.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Video

@dato..red

good luck geng✌️😭😭😭

♬ hingga tua bersama - 𝚡𝚙𝚛𝚎𝚜𝚒𝚖𝚞𝚜𝚒𝚔

Sumber: TikTok

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post