Video Suami Lana Nodin, Mohd Daud McKienzie Bersama Ibu Mertuanya Raih Perhatian Ramai. Mesra Dan Pandai Ambil Hati Ibu Mertua Lah Daud Ni !!



Meninjau ke akaun Instagram Lana Nodin, perkongsian sebuah video yang memaparkan suaminya, Mohd Daud McKienzie dan ibu mertua telah meraih perhatian ramai. Apa yang mencuri perhatian ramai ialah kemesraan suami Lana bersama ibu Lana.

Walaupun berlainan bangsa dan budaya, suami Lana boleh membiasakan diri dengan budaya di Malaysia. Malah suami Lana juga berkomunikasi bersama ibu mertuanya itu dalam bahasa Melayu. Tidak pasti apa yang dibualkan tetapi kedua-duanya nampak serasi.

Sekadar info, suami Lana merupakan seorang berbangsa Inggeris yang berasal dari Amerika Syarikat. Daud Mckinzie juga merupa seorang pemain bola tampar di negaranya. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya Lana juga seronok melihat si suami yang mudah menyesuaikan diri dengan keluarga Lana terutamanya ibu Lana sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada yang memuji sikap suami dan Lana. Antara komen-komen yang diberikan :

” Apa rahsia ya lana ni mat saleh boleh adapt and attached dengan life melayu islam ? Ramai artis malaysia yang kawin dgn foreigner tp diorg terikut2 dgn cara belah suami.. “

” Tapi lana is very different. Tahniah sis..  Comel dia panggil mak.. mak.. mak. Menantu yg baik .. pandai ambik hati mak mertua.. hehe.. “

” Terbaik husband lana dgn Milnye.. pandai ambil hati ibu mentua.. nampak sangat rapat dan boleh adapt dengan culture.. “

” Suka tengok famili lana ni.. walaupun kawen mat salleh tapi cara hidup masih dengan cara melayu … pandai suami adapt.. “

” Ehehehhe comelnya… mak.. mak.. tgk ni mak .. pandai suami dia ambik hati mil.. Fuhh terbaik lah husband kak Lana ni.. “

” Comel jak nya nunggah mak.. Mak mak… Comel jer..hi hi.. terbaik menantu yg pandai sesuaikam diri ambil hati mertua.. Masha Allah bertuah.. “

” Dia bgtau esok raya..hehe.. comel dua dua.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin beautiful family. seronok tengok.. “

Bukan sahaja suami Lana pandai menyesuaikan diri dengan keluarga mertua tetapi Lana juga pandai membiasakan diri apabila bersama dengan keluarga di sebelah suaminya. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa bahagia. Amin..

Sumber : IG Lana Nodin

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post